Saturday 10 December 2011

TALAM CENDOL



Dah beberapa kali buat kuih ni. Memang best. Berbaloi-baloi membuatnya. Resepi ni saya ambik dari dapur Kak Yatie http://yatiememories.blogspot.com/. Kak Yatie nie memang pakar kuih talam. Naik rambang mata dibuatnya bila menjelajah dapur kak Yatie.






Ini dia resepi 
KUIH TALAM CENDOL
Sumber :http://yatiememories.blogspot.com/2011/01/talam-cendol.html 
Rujukan : Chef Asma


 Lapisan bawah
Bahan A
  • 200 gm tepung beras*
  • 250 ml santan pekat*
  • 450 ml air*
  • 1 s/b tepung jagung*
  • 150 gm gula caster
  • 1 s/k garam
Bahan B
  • 200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan,ambil cendolnya je
Cara-Caranya:-
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
  4. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
  5. Kukus selama 25 minit
  6. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Lapisan Atas
Bahan A
  • 300 gm gula merah
  • 50 gm gula castor
  • 500 ml air
  • 2 helai daun pandan-saya tambah
Bahan B

  • 150 gm tepung gandum
  • 1 s/b tpng jagung-saya tambah
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 1/2 s/k garam

Cara-caranya:-
  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

6 comments:

  1. pasti sedap kan ..kita pun suka kuih talam

    ReplyDelete
  2. singgah sini nak makan kuih talam cendol, ada lagi ke tu..buat akak terliur je..sedapnya..

    ReplyDelete
  3. Nazrah :
    Kuih talam cendol kak Yatie nie memang sedap. ramai org puji kuih nie sedap

    ReplyDelete
  4. Kak Yatie:
    dah banyak cuba resepi kuih talam kak. Memang best2 dan menjadi...terima kasih kak Yatie

    ReplyDelete
  5. Kalau kurang sikit gula lg sedap

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG