Wednesday 30 November 2011

KEK BUAH KUKUS

Baru sembuh dari demam, selsema, batuk,sakit tekak... suara pun dah hilang. Adalah dalam 2 minggu juga tak de suara. Alhamdulillah.. dah beransur baik cuma tekak je masih gatal lagi... Maklumlah cuaca x menentu...pagi cerah bila petang hujan lebat. Anak2 pun bergilir-gilir demam...

Dah lama tak entry... hari ni nak tunjuk resepi kek buah kukus. Adapun kek ni dah kali ke 2 membuatnya. Dah lama teringin nak makan kek buah nie tapi memandangkan nak menghasilkannya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, itu yang agak membantutkan keinginan membuatnya... Maklumlah nak mengukusnya ambik masa 4 jam... lama tu. Jenuhlah menunggu, sampai tertidur-tidur...Tapi tak tahan dengan godaan kek buah kukus Che Mat Gebu http://www.tiffinbiru.com/ maka dengan saya kumpulkan segala semangat dan tenaga yanag ada untuk menghasilkan kek buah yang Best sangat. Tak rugi mencuba resepi nie... Rasa dan strukturnya memenuhi piawaian citarasa saya. Pendek kata memang ngamlah segala-galanya... 

Jom kita layan resepi dari Che Mat Gebu kita nie

KEK BUAH KUKUS

BAHAN-BAHANNYA :-) 
375 g buah2an campuran (mix fruit) (Saya guna 410g mix fruit)
250 g mentega 
300 g tepung gandum* 
1 camca teh sodium bicarbonate* 
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak) (saya x letak)
3 biji telur gred A (saya guna 4 biji telur gred B)
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar') 
150 g gula pasir (untuk gula hangus) 
1/4 cawan badam keping (flakes almond) (saya x letak)
1 biji pala, diparut (nutmeg) 
Ceri merah/hijau untuk hiasan (saya x letak)

CARA MEMBUATNYA :-) 
  1. Didihkan air dalam kukusan. 
  2. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi.
  3.  Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak.
  4.  Parut biji pala dan gaul rata. 
  5. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
  6. Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. 
  7. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. 
  8. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata. matikan mixer.
  9. Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. 
  10. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. # Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
  11. Alih adunan ke dalam tin, susun ceri jika suka.
  12. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. 
  13. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG