Sunday 25 December 2011

DONUT KELEDEK

Wahhhh...Diam tak diam, tinggal seminggu lagi anak-anak nak masuk sekolah. Rasa baru jer hari tu diaorg bercuti...berdentam dentum rumah ni jadi padang bola sepak. Dah jadi tempat berlatih tendang bola. Aduiiii...itulah kalau dah ada anak2 bujang. Itu baru 2 orang, kalau ramai lagi puhhhh...,mau letih dibuatnya. Tapi bila anak2 bercuti meriah rasanya...lagipun banyak membantu. Alhamdulillah...anak2 mula membesar, semakin ringan kerja2 di rumah. Masing2 saling membantu kerja rumah...berkemas, mood lantai, basuh pinggan. Si bujang tu dengan tugas rasminya. Bagi itik makan. hehehe...




DONUT KELEDEK ni datangnya dari Dapur Izah Daut.http://izahdaut.blogspot.com/. Tak tahan tengok hasil air tangan Izah yang mengancam tu. Memang menggoda dan mengancam jiwa raga untuk menikmati. Kebetulan semua bahan memang ada di dapur. Apa lagi, menyingsing lenganlah nak menguli donut yang best ni.




Bercerita tentang DONUT KELEDEK nie...kalau ikut pendapat tukang rasa yang ramai kat rumah ni...rasanya adalah ala2 keria skit. Maklumlah dah dicampurnya keledek mestilah ada rasa keria kan? Tapi tahap kelembutannya memang tak boleh tipu. Memang lembut walaupun dah sejuk. Tak sempat Cik Tong dan Cik Yam yang duduk kat reban belakang rumah nak berkongsi rasa. Donut ni duduk kejap jer kat bawah tudung saji. Tak sempat sampai ke tengahari pun. Sekali buka tudung saji ada sepuluh ketul..bila bukak lagi tinggal 7 ketul...bukak lagi tinggal 4 ketul...bukak lagi ..aikk...tinggal pinggan jerrr... sekelip mata hilang dari pandangan. Camne tu? Masih lagi tak tergugat iman ke? Wallah....


DONUT KELEDEK
Sumber : http://izahdaut.blogspot.com/2011/10/donut-keledek-lagi.html



500 gram tepung gandum
200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
4 sudu besar susu tepung 
1 sudu besar bread softener (Izah x taruk - saya taruk)
2 biji telur -  dipukul sedikit (Kak Nor guna sebiji)
150 ml air suam -  k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer #
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
3 sudu kecil yis 


#( air saya letak sikit-sikit klu 150ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 150ml je, klu rasa keras tambah lagi sedikit air, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sangat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)



Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, 

Selamat Mencuba..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG