Monday 17 October 2011

SWISS ROLL PELANGI

Kekadang tu teringin nak menyembang panjang kat sini...tapi apakan daya, biasanya setiap kali saya mengadap DUNIADAPURKAMA ada jerrr yang tolong mengacau. Macam2 yang dibuatnya oleh anak dara kecik saya tu time saya mengadap lappy...waktu nielah nak makan, nak minum, nak ajak main....so terpaksalah saya ringkaskan cerita kan sini ye

Hari nie teringin makan kek yang simple dan mudah disediakan. Intai2 dapur kawan2 terpanah hati dengan kek yang satu nie. Nampak mudah, kebetulan semua bahan2 ada di dapur so apa lagi...operasi mentonggang langgangkan dapurlah bermula. Adapun kek yang best nie datangnya dari Naz http://ovenkecil.blogspot.com. Bila tengok hasil kerja tangan Naz nie boleh terbuka selesa. Memang boleh tergoda nafsu dibuatnya. Kek nie asalnya adalah kek swiss roll coklat tapi saya olah menjadikan kek pelangi. Jadi ada beberapa bahan perlu ditukarkan ye... Untuk filling pulak, saya gunakan buttercream yang menggunakan creamwell (resepi 1) tapi kalau sekiranya creamwell xde xpe, boleh guna resepi 2 (sumber :http://malaykueh.blogspot.com) ataupun menggunakan jem sahaja. terpulang kepada selera masing-masing

Apa2 pun mari kita membaking kek
SWISS ROLL PELANGI
Diolah: DUNIADAPURKAMA
Peralatan :
Loyang bersaiz 11inci x 11inci

Bahan-bahan A :
3 biji telur gred A atau B
2 oz (4 Tbsp / 60 gm) gula kaster
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp asen vanilla
1/2 Tbsp ovellate
1.5 oz (5 Tbsp) tepung gandum
1/2 Tbsp susu tepung (saya guna susu pekat manis 2 sudu besar - sebab dah kehabisan susu tepung)

Bahan B :
2 oz (60 gm) mentega (dicairkan dan disejukkan)

Bahan C:

sedikit pewarna hijau, kuning dan merah

Cara-cara :
Panaskan oven.
Alaskan loyang yang dengan kertas kalis minyak.
Pukul bahan-bahan A dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim - menjadi warna putih(lebih kurang 7-9 minit).
Masukkan mentega cair (Bahan B)ke dalam adunan dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati dan rata.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian
Warna setiap satu bahagian kepada warna merah, kuning dan hijau.
Tuang adunan (tompokkan setiap warna) ke dalam loyang.
Ratakan permukaannya.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
Keluarkan kek yang telah masak ke atas redai. 
Biarkan sejuk. 


Cara menggulung:
Letakkan sekeping kertas di atas bahagian atas kek. 
Terbalikkan kek tersebut. 
Keluarkan kertas alas (yang digunakan semasa membakar). 
Sapu permukaan dengan butter cream. 
Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.
Simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream. (saya xbuat - biarkan 10 minit dan terus dipotong)
Potong dan hidangkan

# Jangan gulung menggunakan tangan kerana akan menyebabkan kek melekat ditangan. Gulung harus menggunakan kertas minyak (baking paper) @ tuala bersih.


Bahan Untuk buttercream

Resepi 1:
Bahan-bahan :
500g creamwell
250g gula icing
50g butter @ marjerin

Cara membuatnya:
Ayak gula icing.
Satukan  semua bahan 
Pukul sehingga kembang




Resepi 2:
Bahan-bahannya:
90 g mentega
2 sudu besar susu cair
460 g Gula icing
1 sudu teh vanilla

Cara membuatnya:
Cairkan mentega di dalam periuk besar yang diletak di atas api perlahan. Pastikan supaya mentega tidak sampai mendidih.
Tuangkan susu cair dan panaskan selama 2 minit.
Campurkan gula aising dan terus ketepikan dari api.
Menggunakan pemutar letrik, pukul bahan-bahan tadi hingga ringan dan kembang.
Masukkan esen vanila dan putar lagi hingga sebat

2 comments:

  1. Assallamualaikum Kama..
    Cantiknya swiss roll dia.. Laaaa.. tak sangka pula amik resepi tu dari blog Naz.. Tq sudi jenguk blog Naz tu. Resepi tu pun Naz amik dari blog maklang Azie juga tu.. Tapi resepi tu mmg sroll jadi moist jer kan.. Sedap dan gebu..

    ReplyDelete
  2. Terima ksih Naz... Resepi Naz memang best. Sok2 nak cuba yang lain lak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG