Thursday, 20 October 2011

BLUEBERRY CHEESE TART

Berjalan2 melawat dapur kawan2 blog tetiba hati terpaut dengan tart yang satu nie. BLUEBERRY CHEESE TART.  Sebut nama macam serammm. Membayangkan perlu bersabung nyawa nak membuatnya tapi bila belek2 resepi dan mentelaah teknik2 membuatnya macamnya xperlukan kudrat yang banyak. Dalam tahap kemalasan yang begitu mengganas saya gagahkan menghuruharakan dapur. Alhamdulillah, sambil2 mata mengadap tv sempatlah saya membuat shell tart. Kira boleh buat 2 kerja dalam 1 masa. Ini yang best nie.

Resepi nie datangnya dari dapur kak Azita Zain http://rossitamz-kitchen.blogspot.com/. Dalam tu, kak Ita siap tunjukkan teknik dan petua menghasilkan yang cantik berdasarkkan pengalaman beliau. Bila menjelajah dapur kak Azita nie kena sediakan tuala good morning. Meleleh air liur tengok masakan yang disajikan kak Ita. Memang ganas menu2 kak Ita nie. Mengancam semuanya. Perut kenyang pun boleh jadi lapar balik lerr. Aduiiii....Klu boleh semua resepi nak dicubanya....sabarrrrrr

Xyah cerita panjang mari kita belajar buat
BLUEBERRY CHEESE TART.
Sumber : Azita Zain (http://rossitamz-kitchen.blogspot.com/2011/02/resepi-dan-tips-cheese-tart.html)


Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
170gm marjerin 
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.




Cream Cheese Filling 
Bahan-bahan :
250gm cream cheese 
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :

Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Cara-cara membuatnya:

Tart crust yang sedia untuk dibakar.
Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
Bakar selama 5 minit. Siap!!!

Tips untuk dapatkan cheese tart yang gebu dan montok(mengikut pengalaman Kak Ita...) :
Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.


2 comments:

  1. DySha :Beli jer di kedai bekalan bakaey. Macam2 ada jual disitu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG