Monday 19 December 2011

TALAM TOKYO

Talam Tokyo dari Dapur Kama. Kama tak pernah gi Tokyo tapi suka makan Talam Tokyo. Sebab apa???? Sebabnya talam yang satu nie tak boleh menipu lidah Kama dan prebet-prebet kat umah ni. Memang sedap sangat. Gabungan rasa yang begitu mantap sekali. Tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Mak oiii...hebat xhebatnya penangan kuih ni.

Resepi ni datangnya dari Teratak Dhia.http://teratakdhia.blogspot.com. Nampak begitu mengancam kuih dari dapur Linda ni. Itu yang tak tangguh nak melaksanakannya. Tapi memang berbaloi.

Apa lagi...
Meh skodeng resepi
TALAM TOKYO
Sumber : http://teratakdhia.blogspot.com/2010/11/talam-tokyo-talam-suun.html
Rujukan : ruhie@myresepi.com

Bahan-bahan ( loyang saiz 8x8 inci )

Lapisan bawah:
200gm sagu biji
50gm kecil suhun -rendam hingga lembut
1/2 cawan kelapa parut-ambil putih sahaja
1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
sedikit pewarna merah

Lapisan atas:
4 biji telur
1 cawan gula pasir
2 1/4 cawan santan
6 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
sedikit pewarna hijau dan kuning


Cara-cara
Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak.

Untuk membuat lapisan bawah,rendam sagu biji dan tus kan.campurkan kesemua bahan dan kukus selama 10 minit.

Apabila lapisan bawah sudah masak,tekan lapisan tu dengan sudu supaya mampat.sama kaedahnya dengan kuih serimuka.

Untuk lapisan atas pula,campurkan kesemua bahan dan kacau rata supaya tak bergentel.tapi kalau nak lebih mudah blender aje.lebih halus...

bahagikan adunan kepada 2 bahagian.satu bahagian di warnakan kuning dan satu lagi di warnakan hijau.kalau nak bagi warna hijau tu cantik campurkan sedikit warna kuning.

Kukus lapisan yang bewarna kuning dahulu selama 10 minit.kukus dengan api sederhana.

Bila lapisan kedua sudah masak masukkan lapisan yang bewarna hijau.sebelum tu lorekkan sikit dengan garfu supaya lapisan yang hijau tu melekat kat lapisan yang kuning

Kukus hingga masak.slalunya setiap lapisan ambil masa lebih kurang 10 minit jer.
Jangan lupa alas penutup kukus dengan kain bersih bagi mengelakkan air wap jatuh kat kuih.nanti tak cantik pulak kuih talam tu.tapi saya guna aluminium foil jer.boleh juga...




6 comments:

  1. waw..bestnya..ada talam tokyo pulak kat sini..leh mintak seketul dua?

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum Kama..
    Kama pun dah buat talam Tokyo ni yer.. Cantik lapisan kalernya..

    ReplyDelete
  3. Salam Kak..cantik betul kombinasi kaler talam akak ni....Mesti sedap ni..Rupa paras pun menarik

    ReplyDelete
  4. Rahel...
    aiseh...kuih dah habis. Dek sedap punya pasal, sekelip mata lesap dari pandangan

    ReplyDelete
  5. Naz...dah lama mengidam kuih ni. Baru laa ni sempat membuatnya. X tahan godaan talam tokyo yang mantap ni

    ReplyDelete
  6. Sue
    Terima kasih Sue...
    suka2 letak kali meriah. Biar sedap mata memandang. Tang rasa memang xboleh tipu. Mmg mantap

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG