Thursday, 27 October 2011

BUTTER CAKE RAINBOW


Beberapa hari xbersiaran... modem kena sambar petir. Dah jadi macam zon perang rasanya. Setiap petang bermula sekitar jam 2 pasti hujan lebat disertai petir dan kilat. Juruteknik TM memang ada beritahu kawasan rumah saya memang kawasan petir...So mulai hari nie kena berhati2 dengan modem. Masuk kali nie dah 4 kali dah tukar modem (belum sampai setahun guna)... macam-macam masalah dibuatnya.

OK...bercerita tentang kek nie. Adapun butter cake nie saya dah pernah post sebelum nie. Atas tajuk Basic butter cake tapi kek tempohari x colour. Kali nie saya buat kek pelangi ni menggunakan asas butter cake yang sama tapi saya jadian 3 colour iaitu merah, hijau dan kuning, Warna yang lazim saya gunakan dalam masakan saya. Saya jarang menggunakan warna2 yang lain seperti biru sebab suami saya tidak berminat dengan makanan yang penuh berwarna2. Mau xterusik dibuatnya...
Adapun resepi kek nie boleh dibuat cupcake. Jadi kekawan yang nak buat cupcake boleh guna resepi nie ye...

Apa2 mari kita layan 
BUTTER CAKE RAINBOW
Bahan-bahan:
250g butter
200g gula castor

5 biji telur
225g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar susu pekat manis
Pewarna hijau, merah dan kuning
Badam cincang sebagai hiasan


Cara-cara membuatnya :

Sapu loyang dengan marjerin.
Ayak tepung dan baking powder.
Pukul butter dan gula hingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji.
Masukkan esen vanilla dan susu pekat manis.
Kacau sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder.
Kacau secara kaup balik.

Bahagi kepada 3 bahagian.
Titiskan pewarna pada setiap bahagian kek.
Masukkan dalam anggaran 2 sudu untuk setiap warna kedalam loyang secara bertindih 
(cth : Masukkan 2 sudu bancuhan berwarna merah, masukkan 2 sudu berwarna hijau diatas warna merah, masukkan 2 sudu bancuhan berwarna kuning diatas warna hijau) Lakukan sehingga habis
Tabur dengan badam cincang 
Bakar sehingga masak (suhu 150-160 darjah selama 45 - 1jam)








# untuk CupCake:

Masukkan 3/4 cawan bancuhan kedalam paper cup.
Bakar

Bahan untuk krim cupcake:
Bahan:
500g krimwell
250g gula aising
10g mentega


Cara membuatnya:
Campur semua bahan diatas
Pukul sehingga kembang


Sunday, 23 October 2011

KUIH TAKO

Xleh nak mengomel panjang lebar. Gangguan dari anak dara kecik begitu mengancam jiwa dan raga...
Apa2 pun kita layan kuih nie dari Wendy  http://wendyinkk.blogspot.com. Sedap...
Untuk teknik membuat kotak dari daun pandan boleh link disini.


Nak resepi? Boleh...
KUIH TAKO
Sumber : http://wendyinkk.blogspot.com/2011/10/kuih-tako-kuih-week-3.html

Lapisan Pandan 
25gm tepung Hoen kuew
250ml air pandan
60gm gula
3 biji sengkuang cina

Lapisan Santan 
15gm tepung Hoen kuew
125ml air
125ml santan pekat
50gm gula
secubit garam halus


Cara:
1. 
Untuk lapisan pandan. Campur semua bahan dan masak dengan api sederhana sehingga kelihatan jernih   dan pekat.
2. Angkat dari api dan sudukan kedalam kotak daun pandan tadi.
3. Untuk lapisan santan. Campur semua bahan dan masak dengan api sederhana sehingga pekat. (tiada rasa tepung mentah)
4. Sudukan diatas lapisan pandan tadi.
5. Biarkan sejuk sehingga keras. Siap untuk dihidangkan.

BEST BROWNIES

Xleh nak mengomel panjang. Nak gi majlis persandingan anak kak ITA's DELIGHT. Skrg nie tgh hujan...tunggu cik abang balik kerja. So sementara tu bolehlah entry menu saya hari nie. Resepi yang sangat2 mudah dan pantas untuk disediakan. BROWNIES...hasil penjelajahan ke Dapur Rahel dari Sabah (http://rahelcake.blogspot.com/). Nampak mengancam Brownies Rahel. Membuatnya pun sekelip mata jer boleh beres...jadi xnak tunggu lama. Dah dapat resepi waktu tu gak ke dapur mengodek Brownies yang best nie.

Segala resepi saya ikut Rahel cuma bahagian topping saya guna coklat ganashe sebab kebetulan coklat ganashe masih ada skit dalam peti sejuk. Just panaskan jerr dan tuang ke atas Brownie. Memang mantap rasanya.

Jom...
BEST BROWNIES
Sumber : http://rahelcake.blogspot.com/2011/08/best-brownies.html

Peralatan : loyang bersaiz 5" x 5"


Bahan:
1/2 cawan unsalted butter
1 cawan gula pasir
3 biji telur M
1/3 cawan serbuk koko van houten*
1/2 cawan tepung superfine*
1/4 st bkg powder*
1 st esen vanila

Bahan untuk frosting: (Cara Rahel)
2 sdb unsalted butter
2 sdb serbuk koko van houten
1/2 sdb madu


125g cooking choc
75g whipping cream
1sbsr butter

Cara :

Masak secara double boiler semua bahan diatas. 
Curahkan keatas brownies
Hias (ikut citarasa masing)



Cara untuk brownies:
1.Panaskan oven 170'C.Griskan acuan dan alas dg baking paper.

2.Satukan bahan bertanda*

3.Cairkan mentega secara double boiler,bila dah cair angkat dr panas,

4.Masukkan gula,telur,esen vanila ketika masi panas,kacau hingga lembut guna hand whisk.

5.Kemudian ayakkan bahan bertanda* ke dlm adunan mentega cair,kacau sehingga rata.Tuangkan ke dlm acuan & bakar selama 40 minit,jangan terlebih bakar.Bila sudah masak,keluarkan dari oven.

6.Keluarkan brownies dr acuan ketika masih suam untuk diberi frosting.

Cara untuk frosting:
1.Satukan semua bhn frosting & kacau guna hand whisk hingga lembut & segera tuangkan ke atas brownies yg masi suam.Ratakan.Biarkan brownies sejuk baru potong dan hidang.


Friday, 21 October 2011

APAM AYU @PUTERI AYU (VERSI 2)

APAM AYU lagi... apa boleh buat. Dah favorite. Anak2 pun suka sgt dengan kuih yang satu nie. Buatnya pun xlah sesusah mana pun. Apa yang penting kerajinan untuk menghuruharakan dapur. Kali nie resepi Apam Ayu saya cedok dari dapur kak Yatie http://yatiememories.blogspot.com. Sebenarnya saya cukup suka menziarah dapur kak Yatie. Suka cuci2 mata dengan menu yang disediakan oleh kak Yatie. Semuanya nampak mengancam. Memang xtahan dengan aneka jenis juadah yang kak Yatie masak. Teringinlah nak rasa menu dari air tangan kak Yatie. Agak-agaknya bilalah boleh merasa ye????

OK ..berbalik cerita apam ayu nie. Resepi nie adapun lebih kurang jer dengan resepi versi 1. Cuma bezanya dari segi sukatan dan resepi yang ini ada tambahan baking powder. So stukturnya lebih lembut skit (tapi kalau nak ikut iyenya lebih kurang jer...xperasan sangat). Di dapur kak Yatie, kak Yatie buat 2 perasa, 1 perasa pandan dan 1 lagi perasa keladi. Tapi memandagkan suami saya nie kurang minat kuih yang berwarna warni so saya buat perasa pandan jer (perasa original untuk apam ayu)

Oh ye...sebelum terlupa, disini saya ada selitkan gambar ovellete untuk rujukan kekawan yang kurang pasti bagaimana rupa bentuk ovellete tu. Boleh rujuk kat gambar dibawah ye...

Mari kita layan 
APAM AYU VERSI 2

Bahan-bahan (*Yatie guna acuan lebih kecil, dapat lebih kurang 60 biji)

  • 5 biji telur
  • 250 gm tepung gandum*
  • 1 sudu kecil baking powder*(* diayak)
  • 300 gm gula halus 
  • 2 sudu kecil ovallate
  • 250 ml santan 
  • sedikit pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan (boleh tukar perisa kegemaran anda)




Inti Kelapa (Sebagai kepala)
     
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara Menyediakan Inti Kelapa

  1. Satukan semua bahan inti dan gaul sebati.
  2. Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.
  3. Isikan inti kelapa dan tekan sehingga sedikit padat.


Cara membuat dan mengukus kuih

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan berselang seli dengan tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna.
  4. Kacau lagi hingga sebati.
  5. Sapu sedikit minyak pada acuan.
  6. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  7. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.(Yatie kukus 10 minit api sederhana)
  8. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.
Inilah dia rupa ovellete @ emulsifier @ quick 75

Thursday, 20 October 2011

BLUEBERRY CHEESE TART

Berjalan2 melawat dapur kawan2 blog tetiba hati terpaut dengan tart yang satu nie. BLUEBERRY CHEESE TART.  Sebut nama macam serammm. Membayangkan perlu bersabung nyawa nak membuatnya tapi bila belek2 resepi dan mentelaah teknik2 membuatnya macamnya xperlukan kudrat yang banyak. Dalam tahap kemalasan yang begitu mengganas saya gagahkan menghuruharakan dapur. Alhamdulillah, sambil2 mata mengadap tv sempatlah saya membuat shell tart. Kira boleh buat 2 kerja dalam 1 masa. Ini yang best nie.

Resepi nie datangnya dari dapur kak Azita Zain http://rossitamz-kitchen.blogspot.com/. Dalam tu, kak Ita siap tunjukkan teknik dan petua menghasilkan yang cantik berdasarkkan pengalaman beliau. Bila menjelajah dapur kak Azita nie kena sediakan tuala good morning. Meleleh air liur tengok masakan yang disajikan kak Ita. Memang ganas menu2 kak Ita nie. Mengancam semuanya. Perut kenyang pun boleh jadi lapar balik lerr. Aduiiii....Klu boleh semua resepi nak dicubanya....sabarrrrrr

Xyah cerita panjang mari kita belajar buat
BLUEBERRY CHEESE TART.
Sumber : Azita Zain (http://rossitamz-kitchen.blogspot.com/2011/02/resepi-dan-tips-cheese-tart.html)


Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
170gm marjerin 
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.




Cream Cheese Filling 
Bahan-bahan :
250gm cream cheese 
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :

Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Cara-cara membuatnya:

Tart crust yang sedia untuk dibakar.
Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
Bakar selama 5 minit. Siap!!!

Tips untuk dapatkan cheese tart yang gebu dan montok(mengikut pengalaman Kak Ita...) :
Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.


Monday, 17 October 2011

SWISS ROLL PELANGI

Kekadang tu teringin nak menyembang panjang kat sini...tapi apakan daya, biasanya setiap kali saya mengadap DUNIADAPURKAMA ada jerrr yang tolong mengacau. Macam2 yang dibuatnya oleh anak dara kecik saya tu time saya mengadap lappy...waktu nielah nak makan, nak minum, nak ajak main....so terpaksalah saya ringkaskan cerita kan sini ye

Hari nie teringin makan kek yang simple dan mudah disediakan. Intai2 dapur kawan2 terpanah hati dengan kek yang satu nie. Nampak mudah, kebetulan semua bahan2 ada di dapur so apa lagi...operasi mentonggang langgangkan dapurlah bermula. Adapun kek yang best nie datangnya dari Naz http://ovenkecil.blogspot.com. Bila tengok hasil kerja tangan Naz nie boleh terbuka selesa. Memang boleh tergoda nafsu dibuatnya. Kek nie asalnya adalah kek swiss roll coklat tapi saya olah menjadikan kek pelangi. Jadi ada beberapa bahan perlu ditukarkan ye... Untuk filling pulak, saya gunakan buttercream yang menggunakan creamwell (resepi 1) tapi kalau sekiranya creamwell xde xpe, boleh guna resepi 2 (sumber :http://malaykueh.blogspot.com) ataupun menggunakan jem sahaja. terpulang kepada selera masing-masing

Apa2 pun mari kita membaking kek
SWISS ROLL PELANGI
Diolah: DUNIADAPURKAMA
Peralatan :
Loyang bersaiz 11inci x 11inci

Bahan-bahan A :
3 biji telur gred A atau B
2 oz (4 Tbsp / 60 gm) gula kaster
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp asen vanilla
1/2 Tbsp ovellate
1.5 oz (5 Tbsp) tepung gandum
1/2 Tbsp susu tepung (saya guna susu pekat manis 2 sudu besar - sebab dah kehabisan susu tepung)

Bahan B :
2 oz (60 gm) mentega (dicairkan dan disejukkan)

Bahan C:

sedikit pewarna hijau, kuning dan merah

Cara-cara :
Panaskan oven.
Alaskan loyang yang dengan kertas kalis minyak.
Pukul bahan-bahan A dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim - menjadi warna putih(lebih kurang 7-9 minit).
Masukkan mentega cair (Bahan B)ke dalam adunan dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati dan rata.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian
Warna setiap satu bahagian kepada warna merah, kuning dan hijau.
Tuang adunan (tompokkan setiap warna) ke dalam loyang.
Ratakan permukaannya.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
Keluarkan kek yang telah masak ke atas redai. 
Biarkan sejuk. 


Cara menggulung:
Letakkan sekeping kertas di atas bahagian atas kek. 
Terbalikkan kek tersebut. 
Keluarkan kertas alas (yang digunakan semasa membakar). 
Sapu permukaan dengan butter cream. 
Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.
Simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream. (saya xbuat - biarkan 10 minit dan terus dipotong)
Potong dan hidangkan

# Jangan gulung menggunakan tangan kerana akan menyebabkan kek melekat ditangan. Gulung harus menggunakan kertas minyak (baking paper) @ tuala bersih.


Bahan Untuk buttercream

Resepi 1:
Bahan-bahan :
500g creamwell
250g gula icing
50g butter @ marjerin

Cara membuatnya:
Ayak gula icing.
Satukan  semua bahan 
Pukul sehingga kembang




Resepi 2:
Bahan-bahannya:
90 g mentega
2 sudu besar susu cair
460 g Gula icing
1 sudu teh vanilla

Cara membuatnya:
Cairkan mentega di dalam periuk besar yang diletak di atas api perlahan. Pastikan supaya mentega tidak sampai mendidih.
Tuangkan susu cair dan panaskan selama 2 minit.
Campurkan gula aising dan terus ketepikan dari api.
Menggunakan pemutar letrik, pukul bahan-bahan tadi hingga ringan dan kembang.
Masukkan esen vanila dan putar lagi hingga sebat

Saturday, 15 October 2011

KEK RED VELVET

Aduiiii... permintaan anak-anak memang mengancam. Terpaksa pertaruh nyawa nak membuat kek nie. Siap mentelaah dulu sebelum menerjah dapur. Pening-pening lalat gak dibuatnya bagi memahami cara2 membuat kek nie. Nak buat camne...Layan jerlah kehendak anak-anak, sambil-sambil tu bolehlah rasa kek yang memang mantap rasanya...

Sumber resepi ni dari Dapur Kak Zu http://kakzusemanisgula.blogspot.com/. Pakar kek @ tauke kek. Bukan setakat kek, kuih talam kak Zu pun mengancam...


Layan
KEK RED VELVET
Sumber : http://kakzusemanisgula.blogspot.com/2011/07/red-velvet-cake-rvc.html

Peralatan:
Saiz Loyang 9 inci

BAHAN-BAHAN :
5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam (saya guna buttercup jer)
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle ( koko powder biase pun bole - saya guna serbuk koko biasa jer)
2 cawan gula kastor ( 1 3/4 cawan pun ok )
4 sudu makan pewarna Red Bright - (saya ikut kak Zu, guna 2 sudu besar jer)
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) (pun ikut kak Zu - guna baking powder)
1 sudu makan cuka makan











CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk kedalam adunan, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan ( high speed). Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.


FILLING:
500gram blueberry filling

KRIM:

BAHAN-BAHAN:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar- akak letak 1 1/2 cawan
Sedikit gula icing

Sedikit butter


CARA MEMBUATNYA:
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium). Masukkan gula icing dan butter.
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk








Cara KakZu :
500 gm creamcheese
240 gm butter anchor
240 gm gule icing
Putar hingge sebati..takyah kembang sangat nnti krim mencair.


NOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.

Melayan masa makan anak-anak. Sorang anak bujang 
xmau bergambar...Malu katanya. Wallah






KURSUS MOTIVASI DAN JATI DIRI (IKS) DI FLAMINGO HOTEL

Minggu lepas saya ada menghadiri kursus keusahawanan dan jati diri anjuran SUK Negeri Selangor di hotel Flamingo selama 4 hari. Puas gaklah tinggalkan anak dan suami... Alhamdulillah, pengorbanan yang x sia2. Banyak informasi, motivasi dan kenalan ketika berada di sana. Yang join kursus tu hebat2 semuanya. Saya rasa sayalah yang paling xde apa2...Malu dengan diaorg Walaupun dah berjaya tapi tetap merendah diri...Paling best...Kak Salmah (rakan sebilik),tauke TART BENGKULU dari Hulu Selangor..Dapat berkenalan dengan kak Sal saya merasakan antara detik yang terindah dalam hidup.   Asyik buat lawak jerrr. Tak kering gusi dibuatnya.Memang best...enjoy habisss. sekarang nie dah jadi kakak angkat dah....Niat hati nak belajar buat Tart Bengkulu dengan kak Sal tapi xtaulah bila yee... Tunggulah ada kelapangan waktu... Member2 lain yang satu kepala Adik Siti Norbani (tauke bakery) , Yati (tauke cheese tart), kak Zah dan yang selalu kena usik ngan kak Sal tauke sarang burung layang2...Kak Ayu yang tetap maintain cunnn walaupun dah bercucu dan juga tauke jahit yang paling berjaya Kak Sha...

Nie adalah beberapa keping gambar yang saya ceduk dari FB Siti. Saya xde koleksi gambar sebab x bawak kamera. Bolehlah untuk kenang2an...









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG