Sedap betul kuih evergreen ni. Dah lama teringin nak makan tapi asyik lupa jer nak buat. Maklumlah banyak sangat resepi dalam list sampaikan kuih orang lama ni terletak dikedudukan tercorot pulak.Tapi bila dah buat...mak aaiiii...memang bestlah. Tidak mengecewakan. Memenuhi peawaian citarasa saya.. Lembut dan kenyal gitu. Tak boleh nak cakap lagilah. Memang mantop. Gitulah komen anak2...
Sumber resepi ni saya dapat dari Kak Cha.http://recipesasha.blogspot.com.
Apa-apa pun mari kita kongsi resepi
KUIH GETAS
Rujukan :http://recipesasha.blogspot.com/2011/08/kuih-getas.html
Bahan-bahan :
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut (yg putih) digaul sebati dengan sedikit garam & 1sdB gula (saya letak 1 1/2 cawan kelapa parut)
100ml air suam
minyak utk mengoreng
Cara-cara membuatnya:
Satukan semua bahan kecuali air, tambah air sedikit demi sedikit hingga tepung menjadi adunan.
Jika lembik tmbhkan sedikit tepung. gentel doh & bentukkan leper & sedikit bujur. (sy bentukkan bulat)
Goreng dgn api yg sederhana hingga kekuningan.
Angkat & ketepikan
Bahan untuk menyira:
1 cawan gula
1/2 cawan air
Cara membuatnya:
Cairkan gula sehingga menjadi sirap yang likat.
Masukkan kuih.
Matikan api.
Gaul rata dan sebati sehingga gula kering.
Angkat dan boleh dihidangkan
Wednesday, 28 December 2011
Sunday, 25 December 2011
DONUT KELEDEK
Wahhhh...Diam tak diam, tinggal seminggu lagi anak-anak nak masuk sekolah. Rasa baru jer hari tu diaorg bercuti...berdentam dentum rumah ni jadi padang bola sepak. Dah jadi tempat berlatih tendang bola. Aduiiii...itulah kalau dah ada anak2 bujang. Itu baru 2 orang, kalau ramai lagi puhhhh...,mau letih dibuatnya. Tapi bila anak2 bercuti meriah rasanya...lagipun banyak membantu. Alhamdulillah...anak2 mula membesar, semakin ringan kerja2 di rumah. Masing2 saling membantu kerja rumah...berkemas, mood lantai, basuh pinggan. Si bujang tu dengan tugas rasminya. Bagi itik makan. hehehe...
DONUT KELEDEK ni datangnya dari Dapur Izah Daut.http://izahdaut.blogspot.com/. Tak tahan tengok hasil air tangan Izah yang mengancam tu. Memang menggoda dan mengancam jiwa raga untuk menikmati. Kebetulan semua bahan memang ada di dapur. Apa lagi, menyingsing lenganlah nak menguli donut yang best ni.
Bercerita tentang DONUT KELEDEK nie...kalau ikut pendapat tukang rasa yang ramai kat rumah ni...rasanya adalah ala2 keria skit. Maklumlah dah dicampurnya keledek mestilah ada rasa keria kan? Tapi tahap kelembutannya memang tak boleh tipu. Memang lembut walaupun dah sejuk. Tak sempat Cik Tong dan Cik Yam yang duduk kat reban belakang rumah nak berkongsi rasa. Donut ni duduk kejap jer kat bawah tudung saji. Tak sempat sampai ke tengahari pun. Sekali buka tudung saji ada sepuluh ketul..bila bukak lagi tinggal 7 ketul...bukak lagi tinggal 4 ketul...bukak lagi ..aikk...tinggal pinggan jerrr... sekelip mata hilang dari pandangan. Camne tu? Masih lagi tak tergugat iman ke? Wallah....
DONUT KELEDEK
Sumber : http://izahdaut.blogspot.com/2011/10/donut-keledek-lagi.html
DONUT KELEDEK ni datangnya dari Dapur Izah Daut.http://izahdaut.blogspot.com/. Tak tahan tengok hasil air tangan Izah yang mengancam tu. Memang menggoda dan mengancam jiwa raga untuk menikmati. Kebetulan semua bahan memang ada di dapur. Apa lagi, menyingsing lenganlah nak menguli donut yang best ni.
Bercerita tentang DONUT KELEDEK nie...kalau ikut pendapat tukang rasa yang ramai kat rumah ni...rasanya adalah ala2 keria skit. Maklumlah dah dicampurnya keledek mestilah ada rasa keria kan? Tapi tahap kelembutannya memang tak boleh tipu. Memang lembut walaupun dah sejuk. Tak sempat Cik Tong dan Cik Yam yang duduk kat reban belakang rumah nak berkongsi rasa. Donut ni duduk kejap jer kat bawah tudung saji. Tak sempat sampai ke tengahari pun. Sekali buka tudung saji ada sepuluh ketul..bila bukak lagi tinggal 7 ketul...bukak lagi tinggal 4 ketul...bukak lagi ..aikk...tinggal pinggan jerrr... sekelip mata hilang dari pandangan. Camne tu? Masih lagi tak tergugat iman ke? Wallah....
DONUT KELEDEK
Sumber : http://izahdaut.blogspot.com/2011/10/donut-keledek-lagi.html
500 gram tepung gandum
200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
4 sudu besar susu tepung
1 sudu besar bread softener (Izah x taruk - saya taruk)
2 biji telur - dipukul sedikit (Kak Nor guna sebiji)
150 ml air suam - k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer #
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
3 sudu kecil yis
#( air saya letak sikit-sikit klu 150ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 150ml je, klu rasa keras tambah lagi sedikit air, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sangat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)
Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan,
Selamat Mencuba..
Monday, 19 December 2011
TALAM TOKYO
Talam Tokyo dari Dapur Kama. Kama tak pernah gi Tokyo tapi suka makan Talam Tokyo. Sebab apa???? Sebabnya talam yang satu nie tak boleh menipu lidah Kama dan prebet-prebet kat umah ni. Memang sedap sangat. Gabungan rasa yang begitu mantap sekali. Tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Mak oiii...hebat xhebatnya penangan kuih ni.
Resepi ni datangnya dari Teratak Dhia.http://teratakdhia.blogspot.com. Nampak begitu mengancam kuih dari dapur Linda ni. Itu yang tak tangguh nak melaksanakannya. Tapi memang berbaloi.
Apa lagi...
Meh skodeng resepi
TALAM TOKYO
Sumber : http://teratakdhia.blogspot.com/2010/11/talam-tokyo-talam-suun.html
Rujukan : ruhie@myresepi.com
200gm sagu biji
50gm kecil suhun -rendam hingga lembut
1/2 cawan kelapa parut-ambil putih sahaja
1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
sedikit pewarna merah
Cara-cara
Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak.
Untuk membuat lapisan bawah,rendam sagu biji dan tus kan.campurkan kesemua bahan dan kukus selama 10 minit.
Apabila lapisan bawah sudah masak,tekan lapisan tu dengan sudu supaya mampat.sama kaedahnya dengan kuih serimuka.
Untuk lapisan atas pula,campurkan kesemua bahan dan kacau rata supaya tak bergentel.tapi kalau nak lebih mudah blender aje.lebih halus...
bahagikan adunan kepada 2 bahagian.satu bahagian di warnakan kuning dan satu lagi di warnakan hijau.kalau nak bagi warna hijau tu cantik campurkan sedikit warna kuning.
Kukus lapisan yang bewarna kuning dahulu selama 10 minit.kukus dengan api sederhana.
Bila lapisan kedua sudah masak masukkan lapisan yang bewarna hijau.sebelum tu lorekkan sikit dengan garfu supaya lapisan yang hijau tu melekat kat lapisan yang kuning
Kukus hingga masak.slalunya setiap lapisan ambil masa lebih kurang 10 minit jer.
Resepi ni datangnya dari Teratak Dhia.http://teratakdhia.blogspot.com. Nampak begitu mengancam kuih dari dapur Linda ni. Itu yang tak tangguh nak melaksanakannya. Tapi memang berbaloi.
Apa lagi...
Meh skodeng resepi
TALAM TOKYO
Sumber : http://teratakdhia.blogspot.com/2010/11/talam-tokyo-talam-suun.html
Rujukan : ruhie@myresepi.com
Bahan-bahan ( loyang saiz 8x8 inci )
Lapisan bawah:200gm sagu biji
50gm kecil suhun -rendam hingga lembut
1/2 cawan kelapa parut-ambil putih sahaja
1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
sedikit pewarna merah
Lapisan atas:
4 biji telur
1 cawan gula pasir
2 1/4 cawan santan
6 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
sedikit pewarna hijau dan kuning
4 biji telur
1 cawan gula pasir
2 1/4 cawan santan
6 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
sedikit pewarna hijau dan kuning
Cara-cara
Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak.
Untuk membuat lapisan bawah,rendam sagu biji dan tus kan.campurkan kesemua bahan dan kukus selama 10 minit.
Apabila lapisan bawah sudah masak,tekan lapisan tu dengan sudu supaya mampat.sama kaedahnya dengan kuih serimuka.
Untuk lapisan atas pula,campurkan kesemua bahan dan kacau rata supaya tak bergentel.tapi kalau nak lebih mudah blender aje.lebih halus...
bahagikan adunan kepada 2 bahagian.satu bahagian di warnakan kuning dan satu lagi di warnakan hijau.kalau nak bagi warna hijau tu cantik campurkan sedikit warna kuning.
Kukus lapisan yang bewarna kuning dahulu selama 10 minit.kukus dengan api sederhana.
Bila lapisan kedua sudah masak masukkan lapisan yang bewarna hijau.sebelum tu lorekkan sikit dengan garfu supaya lapisan yang hijau tu melekat kat lapisan yang kuning
Kukus hingga masak.slalunya setiap lapisan ambil masa lebih kurang 10 minit jer.
Friday, 16 December 2011
LIGHT BAKED CHEESE CAKE
Cheese lagi...keju lagi....mak aiii. Nak buat camne? Kalau dah namanya cheese tu letak kat mana pun sedap aje. Tak boleh ditipulah lidah ni. Itu yang tak berani nak timbang berat badan tu. Seram jer nak tengok jarum timbang. Ngeri dibuatnya... Tak pe, tangguh lagi projek diet kita ye.
Bercerita tentang kek keju yang satu ni. Kek ni memang best...Memang fav saya sekeluarga. Jarang-jarang dapat makan kek ni. Agak malas sikit nak membuatnya. Tapi dek melayan kehendak anak-anak yang sentiasa kelaparan...so kumpulkanlah segala kudrat yang ada untuk mentonggang langgangkan dapur.
LIGHT BAKED CHEESE CAKE
Bahan-bahan :
Sponge @ Base :
310g telur
170g gula kastor
170g tepung gandum
50g mentega cair
Cara membuatnya:
Pukul telur dan gula sehingga kembang.
Masukkan tepung.
Kacau sebati
Masukkan mentega cair
Bakar sehingga masak
Bahan Cheese :
Bahan A:
500g cream cheese
95g gula kastor
54g kuning telur
210g whipping cream
20g tepung jagung *
40g tepung superfine *
Bahan B:
78g putih telur
45g gula kastor
Potong kek sponge kepada 3 bahagian
Ambil satu bahagian untuk dijadikan base cheese cake.
Panaskan oven.
Ayak bahan *
Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga kembang.
Perlahan-lahan masukkan kuning telur.
Kacau rata.
Masukkan whipping cream.
Kacau rata.
Masukkan tepung yang telah diayak.
Alihkan ketepi dahulu.
Untuk Meringue:
Pukul bahan B sehingga kembang
Masukkan kedalam bancuhan cheese diatas tadi.
Kacau sehingga sebati.
Masukkan kedalam loyang bersaiz 10 inci
Bakar dengan kaedah water bath sehingga masak
Hias dengan whipping cream dan topping blueberry.
Bercerita tentang kek keju yang satu ni. Kek ni memang best...Memang fav saya sekeluarga. Jarang-jarang dapat makan kek ni. Agak malas sikit nak membuatnya. Tapi dek melayan kehendak anak-anak yang sentiasa kelaparan...so kumpulkanlah segala kudrat yang ada untuk mentonggang langgangkan dapur.
LIGHT BAKED CHEESE CAKE
Bahan-bahan :
Sponge @ Base :
310g telur
170g gula kastor
170g tepung gandum
50g mentega cair
Cara membuatnya:
Pukul telur dan gula sehingga kembang.
Masukkan tepung.
Kacau sebati
Masukkan mentega cair
Bakar sehingga masak
Bahan Cheese :
Bahan A:
500g cream cheese
95g gula kastor
54g kuning telur
210g whipping cream
20g tepung jagung *
40g tepung superfine *
Bahan B:
78g putih telur
45g gula kastor
Potong kek sponge kepada 3 bahagian
Ambil satu bahagian untuk dijadikan base cheese cake.
Panaskan oven.
Ayak bahan *
Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga kembang.
Perlahan-lahan masukkan kuning telur.
Kacau rata.
Masukkan whipping cream.
Kacau rata.
Masukkan tepung yang telah diayak.
Alihkan ketepi dahulu.
Untuk Meringue:
Pukul bahan B sehingga kembang
Masukkan kedalam bancuhan cheese diatas tadi.
Kacau sehingga sebati.
Masukkan kedalam loyang bersaiz 10 inci
Bakar dengan kaedah water bath sehingga masak
Hias dengan whipping cream dan topping blueberry.
Tuesday, 13 December 2011
KEK LAPIS CHEESE PERSONA
Akhirnya...tertunai juga hajat nak merasa kek yang special nie. Apa yang specialnya? Sebab xyah bakar-bakar. Hari nie jer 2kali membuat kek nie. Memang best. Rasanya memang sedap, mantap dannnnn tak tau nak cakap apa lagi. Apa yang pasti, anak-anak semua suka. Kebetulan ada tetamu datang, bila saya hidangkan kek ni, mereka cakap sedap. Maknanya memang betul sedaplah tu..Dek keenakkan kek yang simple ni maka saya tangguhkan dulu projek diet. Sambung lain hari. Nak menikmati kek best ni sepuas-puasnya....
Adapun kek nie saya terpandang di dapur Mas http://mas-dapurmas.blogspot.com/ kira-kira 2 bulan lepas. Nampak je kek tu di dapur Mas memang menyelerakan. Tapi memandangkan tahap kemalasan begitu mengganas dan terlalu banyak menu yang ingin dicuba so projek mega ni tertangguh sehingga kehari ni. Keinginan yang tak boleh ditahan-tahan lagi. So, awal-awal pagi dah menggodek dapur (maklumlah nak menunggu kek ni menggeras dekat-dekat sehari gak)
Alhamdulillah, akhirnya maka terhasillah
KEK LAPIS CHEESE PERSONA
Sumber : http://mas-dapurmas.blogspot.com/2011/10/kek-lapis-cheese-persona.html
Rujukan : http://ryoazhar.blogspot.com/2011/09/kek-lapis-cheese-persona.html
Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan
B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus
Caranya membuatnya :
- Satukan cheese dan gula halus, pukul menggunakan mixer hingga sebati
- Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
- Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
- Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik @ kertas minyak @ baking paper.
- Panaskan susu segar,padamkan api.
- Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
- Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
- Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
- Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
- Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
- Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
Sunday, 11 December 2011
BLUEBERRY CHEESE BUTTER CAKE
Nyam...nyam. Resepi best nie datang dari dapur kak Yatie lagi. Kalau dah terjah dapur kak Yatie mau semuanya nak dicuba. Menu kat dapur kat Yatie nie semua best2 dan sedap2 belaka dan apa yang lebih penting Alhamdulillah semuanya menjadi bila membuatnya.
OK..bercerita tentang kek yang best nie. Camne nak terangkan ye? OK...adapun barangsiapa yang suka rasa cheese yang tidak terlalu kuat sangat sesuai menikmati kek yang satu nie. Rasa cheese yang ringan dan lembut memang sedap dan satu lagi ianya tak cepat muak. Seperti apa yang kak yatie cakap, gabungan blueberry dan cream cheese menambahkan lagi keenakan kek ni. Lagi pun buatnya taklah sesusah mana. Bahan-bahannya pun mudah didapati.
Mari kita membaking
BLUEBERRY CHEESE BUTTER CAKE
Sumber :http://yatiememories.blogspot.com/2011/03/blueberry-cream-cheese-butter-cake.html
Rujukan :http://yummylicious-jun.blogspot.com/2011/03/blueberry-cream-cheese-butter-cake.html
Bahan-Bahan
Cara-Cara
OK..bercerita tentang kek yang best nie. Camne nak terangkan ye? OK...adapun barangsiapa yang suka rasa cheese yang tidak terlalu kuat sangat sesuai menikmati kek yang satu nie. Rasa cheese yang ringan dan lembut memang sedap dan satu lagi ianya tak cepat muak. Seperti apa yang kak yatie cakap, gabungan blueberry dan cream cheese menambahkan lagi keenakan kek ni. Lagi pun buatnya taklah sesusah mana. Bahan-bahannya pun mudah didapati.
Mari kita membaking
BLUEBERRY CHEESE BUTTER CAKE
Sumber :http://yatiememories.blogspot.com/2011/03/blueberry-cream-cheese-butter-cake.html
Rujukan :http://yummylicious-jun.blogspot.com/2011/03/blueberry-cream-cheese-butter-cake.html
Bahan-Bahan
- 1 1/2 cawan gula halus
- 1 sudu teh esen vanilla
- 150gm buah blueberry (saya guna blueberry filling)
- 2 1/4 cawan tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum+1 sudu kecil baking powder, diayak)
- 250gm butter
- 250gm cream cheese
- 1/3 cawan susu segar
- 3 biji telur
- Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang (saya guna loyang 8 inci)
- Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
- Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
- Letakkan buah blueberry/ blueberry filling secara dot dot....sesudu sesudu.
- Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
- Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.
Saturday, 10 December 2011
TALAM CENDOL
Dah beberapa kali buat kuih ni. Memang best. Berbaloi-baloi membuatnya. Resepi ni saya ambik dari dapur Kak Yatie http://yatiememories.blogspot.com/. Kak Yatie nie memang pakar kuih talam. Naik rambang mata dibuatnya bila menjelajah dapur kak Yatie.
Ini dia resepi
KUIH TALAM CENDOL
Sumber :http://yatiememories.blogspot.com/2011/01/talam-cendol.html
Rujukan : Chef Asma
Lapisan bawah
Bahan A
- 200 gm tepung beras*
- 250 ml santan pekat*
- 450 ml air*
- 1 s/b tepung jagung*
- 150 gm gula caster
- 1 s/k garam
- 200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan,ambil cendolnya je
- Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
- Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
- Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
- Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
- Kukus selama 25 minit
- Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Bahan A
- 300 gm gula merah
- 50 gm gula castor
- 500 ml air
- 2 helai daun pandan-saya tambah
- 150 gm tepung gandum
- 1 s/b tpng jagung-saya tambah
- 3 biji telur
- 250 ml santan pekat
- 1/2 s/k garam
- Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
- Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
- Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
- Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
- Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit
Wednesday, 30 November 2011
KEK BUAH KUKUS
Baru sembuh dari demam, selsema, batuk,sakit tekak... suara pun dah hilang. Adalah dalam 2 minggu juga tak de suara. Alhamdulillah.. dah beransur baik cuma tekak je masih gatal lagi... Maklumlah cuaca x menentu...pagi cerah bila petang hujan lebat. Anak2 pun bergilir-gilir demam...
Dah lama tak entry... hari ni nak tunjuk resepi kek buah kukus. Adapun kek ni dah kali ke 2 membuatnya. Dah lama teringin nak makan kek buah nie tapi memandangkan nak menghasilkannya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, itu yang agak membantutkan keinginan membuatnya... Maklumlah nak mengukusnya ambik masa 4 jam... lama tu. Jenuhlah menunggu, sampai tertidur-tidur...Tapi tak tahan dengan godaan kek buah kukus Che Mat Gebu http://www.tiffinbiru.com/ maka dengan saya kumpulkan segala semangat dan tenaga yanag ada untuk menghasilkan kek buah yang Best sangat. Tak rugi mencuba resepi nie... Rasa dan strukturnya memenuhi piawaian citarasa saya. Pendek kata memang ngamlah segala-galanya...
Jom kita layan resepi dari Che Mat Gebu kita nie
KEK BUAH KUKUS
BAHAN-BAHANNYA :-)
375 g buah2an campuran (mix fruit) (Saya guna 410g mix fruit)
250 g mentega
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak) (saya x letak)
3 biji telur gred A (saya guna 4 biji telur gred B)
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond) (saya x letak)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan (saya x letak)
375 g buah2an campuran (mix fruit) (Saya guna 410g mix fruit)
250 g mentega
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak) (saya x letak)
3 biji telur gred A (saya guna 4 biji telur gred B)
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond) (saya x letak)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan (saya x letak)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Didihkan air dalam kukusan.
- Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi.
- Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak.
- Parut biji pala dan gaul rata.
- Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
- Putar mentega bersama gula halus hingga kembang.
- Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata.
- Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata. matikan mixer.
- Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan.
- Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. # Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
- Alih adunan ke dalam tin, susun ceri jika suka.
- Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!..
- Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai
Tuesday, 8 November 2011
SERIMUKA DURIAN
Balik dari rumah mak mertua dapat beberapa biji buah durian. Banyak gaklah. Tengah musim durian kat kg suami. Mak mertua ada beberapa pokok durian. Memang best. Anak-anak makan sampai puas. Dah puas makan, ada balance teringin lak buat Serimuka Durian. Memang dah lama mengidam nak makan kuih serimuka durian. Pucuk dicita ulam mendatang...memang dah rezeki. tak payah nak pening2 beli buah durian. Sisa-sisa buah durian dari anak-anak yang dah puas makan saya buat kuih serimuka.
Apa lagi, selongkar punya selongkar terjumpa lak resepi yang macam best jer. Resepi nie saya ambik dari dapur bekas wartawan yang glamour tu... sapa lagi kalau bukan kak Fauziah Samad http://www.dapurkakjee.com/. Adapun kuih serimuka durian kak Jee ni sangat2lah best... xrugi mencuba resepi kak Jee ni. Sangat2 menepati citarasa. Lembik tidak, keras kedengkang pun tidak. Yang sedang2 ajer.. pendek kata memang mantap rasa kuih nie.
Mari kita cuba buat
KUIH SERIMUKA DURIAN
Peralatan : Loyang bersaiz 10x 10 inci
BAHAN2NYA:
Bahagian Bawah:
3 cawan beras pulut (tak perlu rendam)
santan (1 inci menutupi beras pulut).
secubit garam
Masukkan dalam periuk eletrik dan tunggu hingga masak.
Bila sudah masak, lapik loyang 10x10 dengan plastik.
Mampatkan pulut dalam loyang tetapi jangan terlalu padat nanti bahagian pulut keras. Sedang2 saja..
Tepikan seketika.
Siapkan kukusan.
# Cara saya :
Kukus semua bahan diatas sehingga masak.
Bahagian Atas (Kepala)
2 kotak santan * (saya guna 2 cawan santan pekat)
1½ cawan isi durian *
½ cawan tepung jagung *
¼ cawan tepung kastard *
1 cawan gula pasir*
4 biji telor*
1 cawan air*
sedikit esen vanilla*
secubit garam*
dua titis pewarna kuning*
Cara membuatnya :
Blender semua bahan sehingga halus.
Masukkan ke dalam periuk dan masak di atas api hingga naik wap.
Kemudian tuang keatas loyang yang telah diletak pulut.
Tutup dengan alluminium foil. Kalau tak der foil, bungkus penutup dengan kain.
Kukus selama 1 jam atau sampai permukaannya sudah keras.
Pastu, buka foil dan tudung kukusan dan masak lagi sampai 10 minit tanpa tutup.
Itu jer. Potong setelah betul2 sejuk.
Monday, 7 November 2011
MUFFIN COKLAT
Assalamualaikum sahabat2... Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha. Camne sambutan raya tahun nie? Semalam saya balik kampung rumah mak mertua. Dah lama sangat x balik kampung. Alhamdulillah dapat bertemu mak, abah dan adik beradik. Seronok rasanya bila dapat berkumpul bersama. Meriah betul.
Petang tu sempat gak gi bersantai ke pantai Morib yang semakin cantik, indah dan mempesonakan...
Hari nie saya nak tayang muffin coklat yang sedap dan debom nie. Adapun resepi ni saya ambik dari dapur peminat muffin iaitu Izah Daut http://izahdaut.blogspot.com . Bila menjenguk ke dapur Izah nie mak aiiii...macam2 jenis muffin di tayangkan. Rambang mata dibuatnya. xtau nak cuba yang mana satu. Tapi dek tergoda dengan promote Izah tentang muffin nie so saya pun apa lagi...dengan sepantas kilat lerr mencapai tool dan bahan2 yang diperlukan. Bahan2 pun semua memang dah siap sedia kat dapur. Lagipun proses membuatnya tak perlu bersabung nyawa dan tak perlukan kesabaran yang tinggi. Bahan-bahan untuk membuatnya pun tak perlu macam-macam. Bahan-bahannya simple jerr. Boleh di beli di kedai runcit. Tak payah nak bersusah payah nak mencari ke kedai bahan bekalan bakeri. Apa lagi...dah tak sabar dah nak menikmati keenakan muffin coklat yang memang best...
MUFFIN COKLAT
Bahan-bahannya:
A
2 cawan tepung *izah gune tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko *izah letak 1 cawan
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam
B
2 cawan gula kastor *izah kurangkan sikit
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick * izah tambah
C
3/4 cawan air panas
Cara membuatnya :
Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
Ceduk ke dalam muffin cup.
Bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.
Subscribe to:
Posts (Atom)