Sunday, 2 August 2015

PIE AYAM DAN CENDAWAN



Dah lama terliur dengan menu ni..tapi penyakit M yang kuat melekat kat badan cuma mampu berangan-angan untuk menikmatinya...namun disebabkan keinginan yang tak dapat dibendung lagi..saya gagahkan jugak mengadap dapur menggodek apa-apa bahan yang ada di dapur

Resepi ni saya ambil dari blog Kak Wan @ Citarasawan ..tapi saya ada olah sedikit dengan resepi ni. Apa-apa pun ianya mudah dibuat dan Insyaallah sedap..Bahan-bahan pun boleh di dapati di kedai-kedai runcit



PIE AYAM DAN CENDAWAN

Sumber : Kak Wan
Diolah : Duniadapurkama

Bahan-bahan pastri :

400 g tepung gandum
200g mentega
100 ml air sejuk
1 sudu teh garam



Bahan-bahan inti :

400g ayam kisar @ isi ayam dipotong dadu
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih dicincang
1/2 sudu besar lada putih ditumbuk halus
1 sudu besar rempah kurma
150gm cendawan butang segar dihiris
100gm sayur campur sejuk beku (saya x letak)
2 sudu besar tepung gandum
1 helai daun bay jika suka
3 sudu besar mayonis
100 ml susu cair
50 ml minyak masak
gula dan garam secukup rasa

Cara membuat pastri :

Gaul tepung gandum, garam dan mentega dengan hujung jadi sehingga menjadi serbuk roti
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh
wrap dengan plastik
Simpan dalam peti sejuk selama 20 minit

Cara membuat inti :

Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu
Masukkan lada putih
Tumiskan sebentar
Masukkan rempah kurma yanag dibancuh dengan sedikit air
Tumis sehingga agak garing
Masukkan ayam, cendawan, daun bay dan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air
Apabila ayam hampir masak masukkan sayur campur, susu cair dan rasakan dengan garam dan gula
Angkat dan gaul dengan mayonis

Cara membentuk :

Canaikan pastri setebal 2mm
Bentukkan ke dalam acuan pai
Masukkan inti
Tindih dengan baki doh pastri tadi
Rapikan keliling doh dengan garpu
Sapu dengan kuning telur
Bakar dengan api 160c sehingga masak










Saturday, 1 August 2015

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Assalamualaikum..

Seperti biasa..terlalu lama tidak bersiaran..Kebetulan hari ni saya ada terima tempahan untuk membuat agar-agar sempena jamun hari raya di masjid di tempat saya tinggal. Jenuh memikir agar-agar apa yang simple tapi best...Kalau bab kuih-kuih melayu ni memang dah tak cari orang lain dah nak dijadikan rujukan..terus terjah ke dapur  Kak Yatie. Skodeng punya skodeng nampak satu resepi ni yang mudah dan nampak macam sedap.Kak Yatie pun dapat resepi ni dari sahabat blogger dan sahabat FB saya iaitu Nadz@Cute Oven..kebetulan semua bahan-bahan yang diperlukan ada di dapur..tak payah pikir lama-lama..apa lagi terus jelah serbu dapur untuk projek melengkung



AGAR-AGAR SANTAN
Sumber : Kak Yatie @Sinar Kehidupan
Rujukan : Nadz@Cute Oven

Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm  
  • 1 liter air (4 cawan) 
  • 1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm) 
  • 1/4 cwn gula pasir 
  • 250 ml santan pekat (Yatie guna 100 ml santan pekat kara dan selebihnya tambahkan air) 
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu 
  • Secubit garam  
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan


Cara-cara:  
  1. Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan.  (Guna air yg dari 4 cwn tu ya)
  1. Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dngn serbuk agar2. Masak hingga mendidih.  
  1. Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.  
  1. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.   
  1. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.  
  1. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...


TIPS DAN NOTA NAZ:  
  • Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.  
  • Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.






        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

        RAKAN BERSEMBANG