Ketak ketik dulu sementara menunggu cik abang balik dari menyopping barang untuk masak tengahari. Adapun resepi ni minggu lepas saya buat..kebetulan saya ada terima order, alang kepalang untuk rujukan sendiri..saya pun buatlah aksi maut baki-baki kuih ini. Disebabkan rasanya yang menepati citarasa dan texturenya yang gebu dan saya amat berpuas hati...jadi saya kongsikan bersama untuk sesiapa yang ingin mencuba.
APAM POLKA DOT
Sumber :
gallerymimi
Rujukan : Ain Rusli (Majalah Rasa)
Bahan-bahannya:
140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm gula halus
75 ml susu segar atau susu cair
2 biji telur
1 sudu kecil ovelette
1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing
Sedikit perwarna hijau - untuk daun
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi
30 keping mangkuk kertas
Langkah-langkahnya:
1. Pukul telur dan gula halus sehingga kembang
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan
dengan susu segar
3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.