Sunday, 1 April 2012

KEK KUKUS COKLAT MOCCA PUTIH TELUR


Lembut, gebu..terasa lembut sangat bila berada dimulut..Sedapppp..x tipu. Cuma kalau sesiapa yang tak suka manis boleh kurangkan sikit sukatan gula pasirnya ye...Apa2 pun selamat mencuba


Sumber : K1


Bahan A :
525 ml putih telur
400gm gula pasir
1 sudu besar ovellete
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder

Bahan B:
250gm tepung gandum
50gm serbuk santan

Bahan C:
100 ml santan pekat (KARA)
1 sudu teh vanilla
90 gm mentega cair
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D:
1 sudu besar coklat emulco
1/2 sudu besar mocca emulco


Cara-cara :
Pukul putih telur dengan speed sederhana sehingga berbuih.
Masukkan gula, ovellete, garam dan baking powder
Pukul sehingga putih dan kental.
Masukkan bahan B.
Gaul secara kaub balik sehingga rata.
Masukkan bahan C.
Kaub balik secara rata.
Bahagi kepada 3 bahagian dengan sama banyak
1 bahagian - coklat
1 bahagian  - mocca
1 bahagian - warna asal
Panaskan pengukus.
Tuangkan warna coklat dalam loyang bersaiz 9 inci
Kukus selama 10 minit
Tuang mocca
Kukus 10 minit
Tuang warna asal
Balut penutup pengukus dengan aluminium foil
Kukus selama 20 minit

4 comments:

  1. hehehe..memang enak Rohah. Boleh dicuba resepi ni Rohah..buatnya pun xde susah mana

    ReplyDelete
  2. Putih telur yg 525ml tu agak2 brapa bj telur ayam diperlukan ye

    ReplyDelete
  3. Alamak Aesney..saya dah lupa sebab daha lama resepi ni saya buat..semuanya saya sukat menggunakan timbang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG