Sungguh..saya suka kek ni..mana2 resepi yang saya suka dan menepati citarasa saya akan saya
kongsikan bersama..bukan semesti kita mencuba resepi akan menjadi..banyak ragam dan kerenahnya..nak2 lagi resepi yang pelik2..mencuba tak cukup sekali..biasa berulangkali mencuba sehingga menjadi
Resepi ni saya ambil dari dapur pakar masak Kak Wan..banyak hasil air tangan beliau yg menjadi rujukan saya..biasanya InsyaAllah menjadi
CHILLED PEACH CHEESECAKE
Sumber :Kak Wan
Bahan Base:
250gm digestive biskut
100gm butter dicairkan
Cara membuatnya :
Kisar biskut sehingga halus
Masukkan mentega cair
Gaul rata
Masukkan dalam loyang
Tekan sehingga padat
Simpan dalam peti sejuk selama 20 minit
Adunan Cheese:
250gm krim keju
90gm gula kastor
1 tin buah peach (asingkan sirap dan buah) 120gm buah peach potong dadu
100 ml sirap peach
1 12/2 sudu besar gelatin halal
50ml air
1 sudu besar jus lemon
200 gm anchor whip cream
Cara membuatnya:
Masukkan air dalam bekas
Campurkan dengan gelatin
Biarkan selama 2 minit sehingga gelatin kembang
Panaskan gelatin menggunakan kaedah double boiler sehingga larut
Angkat dan masukkan sirap peach
Ketepikan
Pukul Whip krim sehingga kembang
Masukkan jus lemon
Ketepikan
Pukul Krim keju dan gula sehingga rata
Masukkan gelatin
Putar sehingga rata dan tidak berketul-ketul
Masukkan whp krim
Gaul menggunakan kaedah kaup balik
Masukkan buah peach yang dipotong dadu
Masukkan adunan ke atas base
Susun buah peach di atas adunan
Sejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam @ semalaman
Siram dengan lapisan jeli
Biarkan jeli beku
Lapisan Jeli :
2 sudu besar jeli segera
2 sudu besar gula
250ml air
Cara membuatnya:
Masukkan jeli, gula dan air dalam periuk
Masak sehingga mendidih
Apabila suam tuang ke atas cheese