Wednesday, 30 November 2011

KEK BUAH KUKUS

Baru sembuh dari demam, selsema, batuk,sakit tekak... suara pun dah hilang. Adalah dalam 2 minggu juga tak de suara. Alhamdulillah.. dah beransur baik cuma tekak je masih gatal lagi... Maklumlah cuaca x menentu...pagi cerah bila petang hujan lebat. Anak2 pun bergilir-gilir demam...

Dah lama tak entry... hari ni nak tunjuk resepi kek buah kukus. Adapun kek ni dah kali ke 2 membuatnya. Dah lama teringin nak makan kek buah nie tapi memandangkan nak menghasilkannya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, itu yang agak membantutkan keinginan membuatnya... Maklumlah nak mengukusnya ambik masa 4 jam... lama tu. Jenuhlah menunggu, sampai tertidur-tidur...Tapi tak tahan dengan godaan kek buah kukus Che Mat Gebu http://www.tiffinbiru.com/ maka dengan saya kumpulkan segala semangat dan tenaga yanag ada untuk menghasilkan kek buah yang Best sangat. Tak rugi mencuba resepi nie... Rasa dan strukturnya memenuhi piawaian citarasa saya. Pendek kata memang ngamlah segala-galanya... 

Jom kita layan resepi dari Che Mat Gebu kita nie

KEK BUAH KUKUS

BAHAN-BAHANNYA :-) 
375 g buah2an campuran (mix fruit) (Saya guna 410g mix fruit)
250 g mentega 
300 g tepung gandum* 
1 camca teh sodium bicarbonate* 
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak) (saya x letak)
3 biji telur gred A (saya guna 4 biji telur gred B)
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar') 
150 g gula pasir (untuk gula hangus) 
1/4 cawan badam keping (flakes almond) (saya x letak)
1 biji pala, diparut (nutmeg) 
Ceri merah/hijau untuk hiasan (saya x letak)

CARA MEMBUATNYA :-) 
  1. Didihkan air dalam kukusan. 
  2. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi.
  3.  Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak.
  4.  Parut biji pala dan gaul rata. 
  5. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
  6. Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. 
  7. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. 
  8. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata. matikan mixer.
  9. Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. 
  10. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. # Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
  11. Alih adunan ke dalam tin, susun ceri jika suka.
  12. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. 
  13. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai


Tuesday, 8 November 2011

SERIMUKA DURIAN

Balik dari rumah mak mertua dapat beberapa biji buah durian. Banyak gaklah. Tengah musim durian kat kg suami. Mak mertua ada beberapa pokok durian. Memang best. Anak-anak makan sampai puas. Dah puas makan, ada balance teringin lak buat Serimuka Durian. Memang dah lama mengidam nak makan kuih serimuka durian. Pucuk dicita ulam mendatang...memang dah rezeki. tak payah nak pening2 beli buah durian. Sisa-sisa buah durian dari anak-anak yang dah puas makan saya buat kuih serimuka.

Apa lagi, selongkar punya selongkar terjumpa lak resepi yang macam best jer. Resepi nie saya ambik dari dapur bekas wartawan yang glamour tu... sapa lagi kalau bukan kak Fauziah Samad http://www.dapurkakjee.com/. Adapun kuih serimuka durian kak Jee ni sangat2lah best... xrugi mencuba resepi kak Jee ni. Sangat2 menepati citarasa. Lembik tidak, keras kedengkang pun tidak. Yang sedang2 ajer.. pendek kata memang mantap rasa kuih nie.

Mari kita cuba buat
KUIH SERIMUKA DURIAN
Peralatan : Loyang bersaiz 10x 10 inci

BAHAN2NYA:


Bahagian Bawah:

3 cawan beras pulut (tak perlu rendam)
santan (1 inci menutupi beras pulut). 
secubit garam

Masukkan dalam periuk eletrik dan tunggu hingga masak. 

Bila sudah masak, lapik loyang 10x10 dengan plastik. 
Mampatkan pulut dalam loyang tetapi jangan terlalu padat nanti bahagian pulut keras. Sedang2 saja.. 
Tepikan seketika. 

Siapkan kukusan. 


# Cara saya :

Kukus semua bahan diatas sehingga masak.

Bahagian Atas (Kepala)

2 kotak santan * (saya guna 2 cawan santan pekat)
1½ cawan isi durian * 
½ cawan tepung jagung *
¼ cawan tepung kastard *
1 cawan gula pasir*
4 biji telor*
1 cawan air*
sedikit esen vanilla*
secubit garam*
dua titis pewarna kuning*

 

Cara membuatnya :
Blender semua bahan sehingga halus.

Masukkan ke dalam periuk dan masak di atas api hingga naik wap. 
Kemudian  tuang keatas loyang yang telah diletak pulut. 
Tutup dengan alluminium foil. Kalau tak der foil, bungkus penutup dengan kain. 
Kukus selama 1 jam atau sampai permukaannya sudah keras. 

Pastu, buka foil dan tudung kukusan dan masak lagi sampai 10 minit tanpa tutup.



Itu jer. Potong setelah betul2 sejuk.

Monday, 7 November 2011

MUFFIN COKLAT

Assalamualaikum sahabat2... Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha. Camne sambutan raya tahun nie? Semalam saya balik kampung rumah mak mertua. Dah lama sangat x balik kampung. Alhamdulillah dapat bertemu  mak, abah dan adik beradik. Seronok rasanya bila dapat berkumpul bersama. Meriah betul.
Petang tu sempat gak gi bersantai ke pantai Morib yang semakin cantik, indah dan mempesonakan... 

Hari nie saya nak tayang muffin coklat yang sedap dan debom nie. Adapun resepi ni saya ambik dari dapur peminat muffin iaitu Izah Daut http://izahdaut.blogspot.com . Bila menjenguk ke dapur Izah nie mak aiiii...macam2 jenis muffin di tayangkan. Rambang mata dibuatnya. xtau nak cuba yang mana satu. Tapi dek tergoda dengan promote Izah tentang muffin nie so saya pun apa lagi...dengan sepantas kilat lerr mencapai tool dan bahan2 yang diperlukan. Bahan2 pun semua memang dah siap sedia kat dapur. Lagipun proses membuatnya tak perlu bersabung nyawa  dan tak perlukan kesabaran yang tinggi. Bahan-bahan untuk membuatnya pun tak perlu macam-macam. Bahan-bahannya simple jerr. Boleh di beli di kedai runcit. Tak payah nak bersusah payah nak mencari ke kedai bahan bekalan bakeri. Apa lagi...dah tak sabar dah nak menikmati keenakan muffin coklat yang memang best... 






MUFFIN COKLAT

Bahan-bahannya:

A
 2 cawan tepung *izah gune tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko *izah letak 1 cawan
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam

B
 2 cawan gula kastor *izah kurangkan sikit
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick * izah tambah

C
 3/4 cawan air panas

Cara membuatnya :

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. 
Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. 
Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. 
Ceduk ke dalam muffin cup.
Bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.


Tuesday, 1 November 2011

APAM TEPUNG BERAS VERSI 2

Resepi hari ni ialah...APAM TEPUNG BERAS. Kuih kegemaran saya yang paaaaliiiiinggg best. Suka sangat2 dengan kuih nie. Sebelum nie, klu nak buat Apam Tepung Beras kena telipon mak mertua, minta buatkan tapai nasi. Saya nie klu buat tapai memang fail...kalah teruk. Tak taulah kenapa susah sangat nak menjadi tapai. Macam2 teknik dan kaedah digunakan untuk membuat tapai...tapi hasilnya selalu mengecewakan...Alhamdulillah...bila dah terjumpa apam yang best nie xpayahlah nak bertapai -tapai lagi dan bolehlah selalu mengukus kuih nie.


Adapun apam yang best nie datangnya dari rakan FB yang cantik dan comel... Ila Azila. Bila tengok Ila punye apam yang gebu tu hati terus tergoda. Maklumat dari Ila, apam tu datangnya dari dapur MamaFami (http://mamafami.blogspot.com/). Bila jengah dapur Mamafami...mak aiii banyaknya resepi Apam Tepung Beras. Banyak versi... pilih jer mana yang berkenan dihati. Sampai xtau nak buat yang mana satu. Apa-apa pun sebagai permulaan saya pilih menu yang saya rasakan paling mudah...Apam Tepung Beras (Watie). Eh!!! Kenapa ada nama Watie lak kat Apam nie? Sebabnya Mamafami pun terjah resepi nie dari dapur Watie.. http://watiermanlife.blogspot.com/. Itu sebab ada nama Watie tu. 


Apa2 pun  resepi nie memang bestttt. Suka sangat...anak dan cik abang pun suka (diorang nie sangat cerewet soal makan, klu x sedap x terusik makanan tuuuu...)


Jom kukus 

Apam Tepung Beras (Watie) *

Sumber : http://mamafami.blogspot.com/2010/03/apam-tepung-beras-watie.html
Rujukan :http://watiermanlife.blogspot.com/2010/02/apam-tepung-beras.html


Bahan-bahan:  
  • 1 cawan nasi
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula putih
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil yis
  •  sepeket kecil eno
Caranya:
Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan gula, tepung dan yis. 
Blend lagi hingga sebati. 
Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. 
Perap lebih dari 3 atau 4 jam 
Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar. 
Panaskan kukusan. 
Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat. 
Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN BERSEMBANG